Remembrance of Al-Quds

| Main | Update | Fast2Fund | Events | Palestinkini | Guestbook |

Thursday, May 15, 2008

Butakah Hati?

oleh Dini Syarif



Isu Palestin ialah isu ummah! Kesakitan yang dideritai tak layak dirasai oleh rakyat Palestin yang malang saja, sebaliknya umat Islam seluruhnya wajar berkongsi rasa. Sekalah air mata yang tumpah, mengelus lembut paras yang muram. Ukirkan senyum nipis di balik bibir yang berdarah, meyakini segala apa bencana ini hanyalah suatu gerhana. Gerhana yang pasti lupus kelak.

Berdo'alah. Doa tak putus-putus dikalungkan buat saudaraku di bumi kudus Palestin. Kasihku ditabur, agar terus mewangi. Aku merindui pulangnya Al-Quds ke pangkuan Tuhan. Entah bila pertentangan menggila di tanah suci itu bakal berakhir, membawa kemenangan hakiki yang cukup nikmat!

Sesungguhnya aku merindui semua itu.

Kecuali bagi yang berhati yang buta. Hanya yang hatinya buta, lalu dibutakan mata dan dipekakkan telinga. Hinggalah kufur nikmat datang menjengah langsung membalut jiwa. Alangkah hitam pekatnya daging yang bergelar hati itu.

"Maka tidak pernahkan mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka akan mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada." (Ayat 46, surah Al-Hajj)

Apakah pengertian syukur yang sebenarnya? Cukup hanya tersenyum menadah nikmat Tuhan? Apa guna diciptakan ummah dari umat yang bermacam rupa; mungkinkah untuk saling berpaling tadah lantaran tiada rasa peduli akan bala yang menimpa?

Kita bersatu atas paksi apa? Bukankah kerana aqidah yang satu? Apakah kemewahan yang melimpah-ruah bikin kita nyanyuk? Terlupa bahawa sakitnya peha kanan, maka peha yang kiri turut rasa pedih. Berdegar-degar dilaungkan kita seagama; hakikatnya hidup ini jagaan masing-masing. Kebahagiaan ini tak mungkin dikecapi bersama.

Lantakkan keindahan sementara ini. Manis, namun pahit di penghujung nanti. Tak terpikul dalam menapak menghala destinasi akhir. Bukan damai ini yang dicari, tapi sakinah abadi. Janji-janji Tuhan yang ditagih.

Campakkanlah nur di dalam hatiku, melenyap gelapnya kejahilan.

Palestin, aku tetap mengasihimu!

2 Comments:

At May 29, 2008 at 8:59 PM , Blogger bernard n. shull said...

i did a little research after you told me about your "thing", and if you want a way to make more money using your your blog you can enter this site: link. bye.

 
At July 11, 2008 at 3:57 PM , Blogger bernard n. shull said...

hi mate, this is the canadin pharmacy you asked me about: the link

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home